Friday, 27 July 2012

Berpuasa Di Bulan Ramadhan




Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Hai.. Sudah agak lama Faz tidak membuat entry kan.. Muklumlah, sibuk bekerja dan tiada masa untuk membuat sebarang pos.. Jadi, hari ini Faz ingin menulis entry tentang ' Berpuasa Di Bulan Ramadhan".. Pejam celik, pejam celik, kita sudah berada di bulan ramadhan.. sungguh cepat masa berlalu.. Jadi, siapa di sini yang tidak berpuasa? Hehehe, baguslah ramai yang berpuasa..



Di sini Faz akan terangkan serba sedikit tentang puasa.. Apa itu puasa? Ok, Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari tertib fajar sehinggala terbenan matahari.. Di bulan ramadhan ini, banyak dugaan kita akan hadapi walaupun syaitan telah diikat sebab yang mengambil alih tugas syaitan di bulan ramadhan adalah NAFSU.. Antara salah satu tugas nafsu adalah apabila kita membeli juadah di bazar ramadhan.. Mesti ramai dari kalangan kita membeli juadah dengan banyak,tetapi apabila berbuka,hanya sedikit sahaja dimakan.. Jadi, makanan lebihan itu nak buat apa? ada yang rajin makanan itu akan dibuat untuk bersahur.. Selain itu, nafsu akan membuat kita untuk membuat perkara perkara yang tidak baik sebagai contoh, melihat sesuatu yang tidak elok, bercakap perkara perkara yang tidak baik dan banyak lagi..



Jadi, di bulan ramadhan ini, kita perlu banyak mencari dan membuat perkara yang baik dan sentiasa ingat Allah S.W.T.. Kalau boleh, berpuasa tu biarlah penuh.. Jika anda perasan, berpuasa di bulan ramadhan dan berpuasa di bulan selain ramadhan adalah berbeza.. Bagi Faz, perbezaan antara bulan ramadhan dan bulan selain ramadhan adalah apabila kita menahan lapar dan dahaga.. Jadi, anda boleh cuba nanti dan lihat.. Sebenarnya, seronok kalau kita dapat berpuasa di bulan ramadhan kerana banyak pahala kita boleh kumpul..



Sampai di sini sajalah Faz membuat entry ini.. Banyak manfaat di bulan ramadhan ini, lagipun berpuasa termasuk dalam rukun islam.. Semoga kita dapat menumaikan ibadah puasa di bulan ramadhan.. Sekian..


No comments:

Post a Comment