Saturday, 30 June 2012

Jalan Jalan Di Pulau Pinang (island)




Assalamualaikum.. Apa khabar? Faz harap semuanya shat walfiat.. Di entry ini faz ingin bercerita tentang berjalan jalan di Pulau Pinang, juga boleh dipanggil Penang.. Apa yang menarik sangat di Penang? Siapa yang pernah pergi Penang,  mesti tahu apa yang menarik.. Apa yang pasti, setiap negeri mesti ada tempat yang menarik untuk berjalan jalan, bershopping, melihat permandangan yang menarik dan sebagainya..

Bagaimana nak masuk Penang? Ada dua cara iaitu melalui jambatan Pulau Pinang.. Kalau melalui jambatan Pulau Pinang, akan dikenakan tol sebanyak RM 7.00 jika menggunakan kereta dan RM1.40 untuk motosikal.. Tol itu hanya ada pada jalan memasuki pulau.. Jika keluar dari pulau adalah percuma.. Dan cara yang kedua adalah mengggunakan Feri.. Bayaran menggunakan Feri sebanyak RM 7.70..

Di Penang, ada banyak tempat tempat yang menarik boleh kita kunjungi.. Antaranya ialah Bukit Bendera.. Di sana, kia akan menaiki kereta kabel untuk naik ke puncak.. Apabila sudah sampai di puncak kita boleh melihat pemandangan yang cantik dan indah.. Suasana di sana adalah sesuai untuk tenangkan fikiran dan berehat.. Selain itu, kita boleh pergi ke Padang Kota Lama.. Di situ juga kita boleh menikmati pemandangan di tepi laut..  Ramai suka berehat di situ pada waktu malam.. Di Persiaran Gurney juga kita boleh melihat permandangan tepi laut.. Batu Ferringhi juga salah satu tempat yang menarik untuk kita kunjungi.. Setiap tahun pada bulan 12 ada Fiesta Pulau Pinang di Tapak Fiesta, berdekatan Stesen Bas Sungai Nibong..

Kalau berkenaan makanan, Ada banyak tempat boleh kita pergi.. Di penang, makanan yang paling terkenal adalah Nasi Kandar.. Tempat yang terkenal dengan nasi kandar ialah Line Clear, kapitan, Beratur, Kassim Mustafa, Makbul Dan banyak lagi.. Char Kuey Teow jugak terkenal di Penang.. ada banyak tempat kita boleh menikmati char kuey teow.. Di padang kota lama dan persiaran gurney kita boleh menikmati pasembur.. Apapun, memang kita tak susah untuk mencari kedai makan di Penang..

Sampai di sini faz dapat memberi sedikit sebanyak tentang Pulau Pinang.. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, datanglah ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri.. Jika kita tak tengok dengan mata kita sendiri, kita tak akan tahu.. Jadi, apa lagi, mai la Penang, kita makan nasi kandaq..






















Read more...

Thursday, 28 June 2012

Resipi Telur Bungkus


Ada berbagai bagai jenis masakan telur yang boleh kita masak dan lakukan seperti telur masak kicap, telur goreng, telur dadar dan macam macam.. Disini saya ingin kongsikan resipi ' Telur Bungkus'. So, mari kita buat.

Bahan Bahan :-

- 2 biji telur + 1 sudu makan air
- 100gm udang ( buang kulit )
- 100gm isi ayam ( dicincang )
- 2 ulas bawang putih ( dihiris nipis )
- 1 ulas bawang merah ( dihiris nipis )
- 50gm sayur campur ( peas, jagung, lobak )
- garam dan lada sulah
- 1 sudu makan sos tiram
- daun sup ( hiris halus )


Cara Cara :-

1) Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.

2) Kemudian, masukkan isi ayam. Gaul hingga air ayam itu keluar. Selepas itu masukkan udang dan gaul      rata. Sesudah rata, masukkan sayur campur, sos tiram, lada sulah dan garam.

3) Gaul gaulkan sekejap, dan masukkan daun sup. Agak agak dah masak, angkat dan letak di pinggan.

4) Campur air ke dalam telur, kemudian pukul sehingga kembang. Sesudah itu, panaskan kuali yang lain dan tuangkan sedikit minyak. Masukkan telur dan golek golekkannya seperti membuat telur dadar.

5) Selepas itu, biarkan sekejap sehingga bawah telur itu nampak hangus sedikit, dan tutupkan api. selepas itu, masukkan bahan yang ditumis tadi dan bolehlah melipat ataupun membungkus.

6) Pindahkan di atas pinggan. Boleh jugak menambah perasa seperti sos cili, salad dan apa apa yang boleh memberi kesedapan. Ada juga cara lain seperti boleh goreng telur dahulu dan kemudian letakkan diatas pinggan. dan masukkan intinya dan lipat. Siap untuk dimakan..










Read more...

Wednesday, 27 June 2012

Artis Malaysia Masa kini

Kita sebagai manusia ada haluan masing-masing.. Ada yang menjadi Doktor, Polis, Tentera, Chef dan berbagai lagi dalam bidang pekerjaan.. Pada masa kini, Ramai anak muda yang ingin bergelar "Artis".. 'Kenapa nak jadi artis, bagus sangat ke jadi artis ni?', ramai yang berfikiran begitu, tapi apa yang penting lain orang lain cara dan pendapat.. Kalau kita tanyakan soalan kepada kerjaya kerjaya yang lain seperti Doktor, Pegawai Keselamatan, mesti mereka akan beri pendapat yang berbeza.. Antaranya mereka seronok dengan kerjayanya, mencari rezeki yang halal, mencari pengalaman dan sebagainya..

Pada masa kini, ramai anak muda bergelar artis.. Apabila kita sudah menjejak kaki ke alam dunia artis, kita haruslah menjaga pesonaliti dan maruah diri serta mestilah menjaga diri.. Kenapa saya berkata begitu? sebab apabila mereka yang begelar artis melakukan perkara tidak baik, dari situ timbul isu yang kurang menyenangkan kepada mereka yang berkenaan.. Bagaimana terjadinya hal ini adalah kerana gosip.. Gosip ini datangnya dari khabar angin.. Adakah anda percaya dengan gosip? Ada antara semua kalangan yang mempercayai dan ada yang tidak.. So, kepada artis artis di luar sana, anda haruslah berhati hati apabila melakukan sesuatu.. Disitu anda haruslah berfikiran bijak dan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan kepada semua peminatnya.. Kalau boleh, kita cuba rasai bagaimana kalau kita berada di tempat seseorang, disitu kita akan dapat jawapan.. Dan kepada peminat peminat setia kepada artis yang berkenaan, anda haruslah meneliti dahulu sebelum dihebohkan.. adakah anda suka apabila perkara tidak betul dari mulut orang lain? mestilah tidak suka, saya pun tidak suka.. Jadi, penyelesaiannya kita haruslah sabar dan cuba menyelasaikan dengan baik dan profesional.. So, perkara penting yang harus ditekankan disini adalah jaga adab dan jaga diri semasa melakukan sesuatu..

Di Malaysia ini, kita haruslah bekerja untuk menyara hidup dan merasaikan keseronokan bekerja.. Dan ianya juga adalah ibadah.. Tidak kirala kita bekerja sebagai artis ataupun tidak, semua kerja ada tanggungjawab masing masing.. Terpulang kepada kita yang mana yang terbaik.. Keputusan di tangan anda..






Read more...

Perlawanan Terengganu vs Kelantan (2-2) Liga Super 2012



Perlawanan Terengganu menentang Kelantan pada 26 Jun 2012 di KUALA TERENGGANU adalah SERI, 2-2.. Memang boleh dikatakan perlawanan yang sengit dan mendapat perhatian ramai kepada peminat bola sepak.. Apabila salah seorang pemain menjaringkan gol, penonton semestinya akan menjerit 'GGOOOLLLLL'.. Suasana yang riuh rendah dan gamat, susah untuk diperkatakan bagaimana perasaan itu, hanya peminat bola sepak saja yang tahu bagaimana rasanya.. Mari kita tonton antara babak babak yang menarik..
                                            
                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Norfarhan )


                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Freekick Badhri Radzi )
                                          
                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Hadi Yahya )

                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Muslim Ahmad )




Itulah antara babak babak yang menarik.. Jadi, teruskan menyokong pasukan kegemaran anda..























Read more...

Sunday, 24 June 2012

Cara-Cara Menambah pendapatan

Bagaimana nak tambah duit? lebih tepat lagi mencari pendapatan sampingan.. Nak cari duit lebih ni bukan susah sangat, jual air depan sekolah dan di khalayak ramai, dah boleh dapat duit.. Tapi adakah kita sanggup berdiri di depan orang? Tepuk dada, tanye selera.. Begitu juga kita bekerja part time di shopping kompleks sebagai promoter, ataupun berkerja di kedai makan seperti KFC, MCD.. Memang bagus kita dapat mencari pendapatan dengan kerja part time.. Tapi adakah untuk selamanya? adakah berbaloi? Jadi kita perlu memikirkan dengan lebih mendalam..

Cara cara menambah pendapatan ini ada banyak cara.. Antaranya :-

1) Berniaga Kecil-Kecilan
- Berniaga kecil kecilan ini sama seperti kita menjual air di pasar malam, berniaga burger, jual nasi lemak di siang hari dan sebagainya.. banyak jenis kita boleh berniaga di tempat tempat yang strategik dan mampu mendapat duit.. Pertama sekali kita perlu memilih produk ape yang sesuai untuk kita menjual.. Apakah target market kita.. Jika sudah selesai menrancang produk kita, baru kita cari tempat yang sesuai untuk kita berniaga.. Biasanya tempat kita boleh berniaga di pasar malam, depan sekolah rendah ataupun menengah, supermarket, shopping kompleks dan sebagainya.. Jika ingin berniaga kecil kecilan, memerlukan modal.. Dari segi modal, kita cuba mencari perniagaan yang modal yang kecil, keuntungan yang tinggi.. jadi,terpulang kalau kita berminat niaga..

2) Menjadi Agen
- Agen, lebih tepat sebagai orang tengah dalam sesuatu pekerjaan sambilan.. Anda boleh memilih mana mana bentuk agen.. Contohnya, anda boleh menjadi Agen Affiliates.. Sesetengah laman web yang mencari affiliates ini ada yang berbayar.. Terpulang kepada kita yang mana kita nak.. Caranya anda boleh promosi di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.. Ataupun anda boleh promosi di forum.. Terpulang kepada anda di mana anda ingin promosikan..

3) Membuat Blog
- Bagaimana nak buat blog? Senang saja caranya.. Cuma ada 2 pilihan, samada kita daftar di blog yang percuma ataupun berbayar.. Semua itu terpulang kepada diri sendiri.. Ada banyak cara menjana pendapatan mengunakan blog.. Salah satunya Google Adsense.. Bukan Google Adsense saja boleh buat duit, banyak lagi boleh buat..Kita boleh search di Google.com untuk mencari aplikasi apa yang boleh membantu mencari pendapatan sampingan bersama blog.. Dengan blog kita boleh buat duit.. Dengan kencanggihan dunia masa kini, macam macam kita boleh buat, seperti menjual blog, menyewa iklan kepada yang ingin mempromosikan produk dan lain lain..


4) Membuat Ebook
- Ini adalah kaedah penjanaan pendapatan yang paling laris pada masa kini.. Sesetengah orang suka membeli buku di kedai buku.. Ebook ini lebih kurang sama dengan buku, cuma penggunaannya adalah kita membaca di dalam komputer.. Ada bermacam jenis ebook dijual di internet..Jadi, kita boleh menjana pendapatan dengan ebook.. Ramai yang tidak nampak yang menjual ebook ini boleh menguntungkan dan mendapat pendapatan yang lumayan.. Cuma kita perlu belajar teknik teknik untuk membuat ebook dan produk yang hangat di pasaran..

5) Menjadi Pengajar Sambilan
- Menjadi pengajar sambilan juga boleh menjana pendapatan pasif.. Banyak jenis kita boleh menjadi pengajar sambilan seperti menjadi guru tuisyen pada waktu malam ataupun siang hari, mengajar mengaji, mengajar bahasa inggeris dan macam macam lagi..Cuma kita perlu bijak untuk mencari pendapatan sampingan dengan menjadi pengajar sambilan..

Ini adalah serba sedikit tentang Cara-Cara Menambah Pendapatan kita.. Insya-allah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.. Ini adalah sumber dari pengalaman dan pengajaran saya dalam hidup kita.. Yang penting, kita janganla cepat berputus asa dan anggap menjana pendapatan sampingan ini hanyala goyang kaki.. Kita perlu berusaha untuk berjaya.. harap ini dapat membantu kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan sampingan..












Read more...

Saturday, 23 June 2012

Kelebihan Proton Preve "proton P3-21A"

Proton Preve.. Ini adalah Proton keluaran terbaru.. Pada asalnya nama Proton Preve hanyala 'Proton P3-21A".. Sebelum ini banyak pengeluaran proton terbaru seperti Proton Saga.. Sekarang ni Proton terbaru adalah Proton Exora Bold.. Proton Preve ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.. Dari segi bentuk luaran, memang bergaya.. ada yang berpendapat yang Proton Preve ini ala ala Forte.. Tak tahu adakah betul atau salah.. Yang pasti kereta ini ada kelebihan tersendiri..

Dari segi keupayaan, memang banyak.. Antaranya:-

SPESIFIKASI PROTON PREVE
  • Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
  • 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidrolik
  • Brek ABS dengan EBD
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown
  • Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km
  • Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)







Memang bagus Proton keluaran terbaru ini..Tapi,lain orang lain selera kan.. Ada yang suka jenama TOYOTA, PERODUA, HYUNDAI dan sebagainya.. Terpulang kepada diri sendiri yang mana terbaik..
Read more...