Wednesday, 27 June 2012

Artis Malaysia Masa kini

Kita sebagai manusia ada haluan masing-masing.. Ada yang menjadi Doktor, Polis, Tentera, Chef dan berbagai lagi dalam bidang pekerjaan.. Pada masa kini, Ramai anak muda yang ingin bergelar "Artis".. 'Kenapa nak jadi artis, bagus sangat ke jadi artis ni?', ramai yang berfikiran begitu, tapi apa yang penting lain orang lain cara dan pendapat.. Kalau kita tanyakan soalan kepada kerjaya kerjaya yang lain seperti Doktor, Pegawai Keselamatan, mesti mereka akan beri pendapat yang berbeza.. Antaranya mereka seronok dengan kerjayanya, mencari rezeki yang halal, mencari pengalaman dan sebagainya..

Pada masa kini, ramai anak muda bergelar artis.. Apabila kita sudah menjejak kaki ke alam dunia artis, kita haruslah menjaga pesonaliti dan maruah diri serta mestilah menjaga diri.. Kenapa saya berkata begitu? sebab apabila mereka yang begelar artis melakukan perkara tidak baik, dari situ timbul isu yang kurang menyenangkan kepada mereka yang berkenaan.. Bagaimana terjadinya hal ini adalah kerana gosip.. Gosip ini datangnya dari khabar angin.. Adakah anda percaya dengan gosip? Ada antara semua kalangan yang mempercayai dan ada yang tidak.. So, kepada artis artis di luar sana, anda haruslah berhati hati apabila melakukan sesuatu.. Disitu anda haruslah berfikiran bijak dan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan kepada semua peminatnya.. Kalau boleh, kita cuba rasai bagaimana kalau kita berada di tempat seseorang, disitu kita akan dapat jawapan.. Dan kepada peminat peminat setia kepada artis yang berkenaan, anda haruslah meneliti dahulu sebelum dihebohkan.. adakah anda suka apabila perkara tidak betul dari mulut orang lain? mestilah tidak suka, saya pun tidak suka.. Jadi, penyelesaiannya kita haruslah sabar dan cuba menyelasaikan dengan baik dan profesional.. So, perkara penting yang harus ditekankan disini adalah jaga adab dan jaga diri semasa melakukan sesuatu..

Di Malaysia ini, kita haruslah bekerja untuk menyara hidup dan merasaikan keseronokan bekerja.. Dan ianya juga adalah ibadah.. Tidak kirala kita bekerja sebagai artis ataupun tidak, semua kerja ada tanggungjawab masing masing.. Terpulang kepada kita yang mana yang terbaik.. Keputusan di tangan anda..





No comments:

Post a Comment