Saturday, 30 June 2012

Jalan Jalan Di Pulau Pinang (island)




Assalamualaikum.. Apa khabar? Faz harap semuanya shat walfiat.. Di entry ini faz ingin bercerita tentang berjalan jalan di Pulau Pinang, juga boleh dipanggil Penang.. Apa yang menarik sangat di Penang? Siapa yang pernah pergi Penang,  mesti tahu apa yang menarik.. Apa yang pasti, setiap negeri mesti ada tempat yang menarik untuk berjalan jalan, bershopping, melihat permandangan yang menarik dan sebagainya..

Bagaimana nak masuk Penang? Ada dua cara iaitu melalui jambatan Pulau Pinang.. Kalau melalui jambatan Pulau Pinang, akan dikenakan tol sebanyak RM 7.00 jika menggunakan kereta dan RM1.40 untuk motosikal.. Tol itu hanya ada pada jalan memasuki pulau.. Jika keluar dari pulau adalah percuma.. Dan cara yang kedua adalah mengggunakan Feri.. Bayaran menggunakan Feri sebanyak RM 7.70..

Di Penang, ada banyak tempat tempat yang menarik boleh kita kunjungi.. Antaranya ialah Bukit Bendera.. Di sana, kia akan menaiki kereta kabel untuk naik ke puncak.. Apabila sudah sampai di puncak kita boleh melihat pemandangan yang cantik dan indah.. Suasana di sana adalah sesuai untuk tenangkan fikiran dan berehat.. Selain itu, kita boleh pergi ke Padang Kota Lama.. Di situ juga kita boleh menikmati pemandangan di tepi laut..  Ramai suka berehat di situ pada waktu malam.. Di Persiaran Gurney juga kita boleh melihat permandangan tepi laut.. Batu Ferringhi juga salah satu tempat yang menarik untuk kita kunjungi.. Setiap tahun pada bulan 12 ada Fiesta Pulau Pinang di Tapak Fiesta, berdekatan Stesen Bas Sungai Nibong..

Kalau berkenaan makanan, Ada banyak tempat boleh kita pergi.. Di penang, makanan yang paling terkenal adalah Nasi Kandar.. Tempat yang terkenal dengan nasi kandar ialah Line Clear, kapitan, Beratur, Kassim Mustafa, Makbul Dan banyak lagi.. Char Kuey Teow jugak terkenal di Penang.. ada banyak tempat kita boleh menikmati char kuey teow.. Di padang kota lama dan persiaran gurney kita boleh menikmati pasembur.. Apapun, memang kita tak susah untuk mencari kedai makan di Penang..

Sampai di sini faz dapat memberi sedikit sebanyak tentang Pulau Pinang.. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, datanglah ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri.. Jika kita tak tengok dengan mata kita sendiri, kita tak akan tahu.. Jadi, apa lagi, mai la Penang, kita makan nasi kandaq..





















No comments:

Post a Comment