Thursday, 11 October 2012

Review produk "Buat Duit Dengan Menulis"

Assalamualaikum, Selamat Petang dan Salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua? Harap harap semuanya sihat sejahtera.. Di sini, Faz nak membuat entry review bertajuk "Buat Duit Dengan Menulis".. Sapa yang tidak tahu menulis? Hehe,majoriti semua mesti tahu menulis kan.. :)
Menulis ni ada banyak jenis,contohnya menulis tulisan khat, menulis pantun,puisi,sajak, menulis kata kata cinta dan pelbagai lagi.. Di entry ini, Faz nak terangkan serba sedikit tentang menulis yang boleh buat duit.. Mesti ada yang tak percaya dengan menulis pun boleh buat duit kan..


So, Faz tak mahu cerita panjang sangat,takut membosankan..faz akan ambil kata kunci sahaja.. Dengan menulis kita boleh buat duit, bagaimana caranya? Ada banyak cara dengan hanya menulis boleh menjana pendapatan sampingan.. Antaranya adalah menulis novel,majalah,akhbar,buku dan pelbagai lagi.. Macam mana,dah boleh percaya sedikit? :)
Ya,memang boleh buat duit dengan menulis.. Tapi, ada caranya untuk menjana pendapatan dengan menulis blog,buku,akhbar dan sebagainya.. Yang itu Faz syorkan kamu semua harus memiliki produk "Buat Duit Dengan Menulis".. Banyak informasi dan tips tips yang berkesan untuk menjana pendapatan dengan menulis..
Tak semestinya untuk menjana pendapatan sahaja dengan memiliki produk ini, malah boleh juga untuk menambah ilmu unuk diri sendiri di masa hadapan.. Ramai yang berfikir "macam susah je nak tulis buat duit ni".. Sebenarnya tak susah pun kalau kena pada caranya.. Betul tak? :)



Kalau nak menjadi seorang penulis yang profesional dan boleh menjana pendapatan sampingan, bolehlah mendapat produk ini "Buat Duit Dengan Menulis".. Jadi,sampai di sini Faz dapat menceritakan serba sedikit tentang buat duit dengan menulis.. Kita berjumpa lagi di entry yang akan datang.. :)

(klik di link ini untuk melihat produk 'Buat Duit Dengan Menulis")
 http://rajaads.jomniaga.com/go/2/preve

Assalamualaikum..







Read more...

Wednesday, 10 October 2012

101 Idea Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hai semua..apa khabar.. Faz harap semuanya sihat walfiat..Sudah agak lama Faz tidak update di blog ni ye..Jadi, selepas ini Faz akan mula aktif untuk berblog.. :)



Di entry ini,Faz ingin menceritakan serba sedikit tentang '101 Idea Perniagaan Internet"..Faz pun belum memilikinya..Insyaallah Faz akan memilikinya suatu hari nanti..Melihat pada tajuknya,mesti kita rasa senang untuk berniaga di internet..Tetapi,malangnya ramai yang gagal dan behenti separuh jalan.. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Antara sebab ramai yang gagal adalah ramai di kalangan kita main terjah,maksudnya kita terus buat perniagaan tanpa bertanya dan mengkaji tentang sesuatu produk.. Di situ dah nampak kesalahan kita.. Selain itu,kita tiada guru atau orang yang berpengalaman yang boleh mengajar kita untuk berjaya dalam perniagaan.. Sebelum kita hendak mulakan sesuatu perniagaan,kita perlu tahu apa produk yang sesuai untuk diniagakan.. Jadi, di sini Faz ingin mengenalkan produk yang boleh membantu kita dalam perniagaan iaitu "101 Idea Perniagaan Internet'..




Itulah serba sedikit yang boleh Faz huraikan.. Jika berminat untuk memulakan perniagaan ataupun ingin menambah beberapa produk untuk berniaga,boleh mencuba ebook ini.. Ada beberapa tips dan contoh perniagaan yang boleh kita lakukan.. Lebih lebih lagi perniagaan ini tak memerlukan kedai,hanya berniaga dan dilakukan di rumah sahaja..Jadi,apa tunggu lagi,boleh klik link di bawah ini..Mari kita menjadi usahawan yang berjaya.. :)

Sekian,terima kasih..

 http://rajaads.jomniaga.com/go/1/preve








Read more...

Sunday, 29 July 2012

Review Produk -Panduan bisnes Cupcake dari Rumah-

       

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Hye semua.. Apa khabar? Lee harap semuanya sihat walfiat.. Di sini, Lee ingin menulis entry tentang "Panduan bisnes Cupcake Dari Rumah".. Wah, macam menarik je berniaga cupcaku ni.. Ada sebab kenapa Lee review produk ini.. Yang pertama, produk ini adalah makanan ringan, mudah untuk dibawa kemana mana seperti berkelah, menonton televisyen bersama keluarga dan berbagai cara lagi.. Yang kedua, produk ini adalah manisan, ramai kanak kanak menyukainya, lebih lebih lagi mempunyai pelbagai ciri ciri, bentuk dan rasa.. bukan untuk kanak kanak saja, untuk dewasa pun boleh juga.. Dan yang ketiga, produk ini boleh membantu kita menjana pendapatan sampingan.. kita boleh membuka kedai cupcake, menjual dari rumah, mengambil tempahan dan sebagainya..



Bisnes Cupcake ini bukan sahaja untuk wanita, untuk lelaki pun boleh.. Lagipun, Kalau kita tidak mahu menjual cupcake, kita boleh membuat untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan sesiapa saja..
Nak katakan susah, tidaklah sangat sebab tidak menggunakan banyak bahan, dan nak membuat cupcake mempunyai banyak bentuk boleh kita hasilkan.. Memang menarik dan cantik..



Lee dalam proses membeli panduan bisnes membuat cupcake.. bukan apa, panduan ini pun salah satu ilmu, mana tahu kita singgah ke rumah kawan, boleh kita menunjuk bakat kita membuat cupcake.. Di situ kawan kita pasti akan bercerita kepada kawan yang lain.. Selain tu, kita boleh membuat niaga dari rumah di rumah ataupun kedai.. Banyak faedah kita membuat cupcake..Jadi, terpulang kepada diri masing sama ada ingin memiliki panduan ini ataupun tidak.. Sampai disini saja Lee menulis entry ini.. Senang senang nanti, Lee akan review produk lain.. Insyaallah.. Sekian..



 Jika anda tahu lagi mendalam, bolehla membuka link ini http://3cbakery.jomniaga.com/go/2/preve/




                                                   












Read more...

Friday, 27 July 2012

Berpuasa Di Bulan Ramadhan




Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Hai.. Sudah agak lama Faz tidak membuat entry kan.. Muklumlah, sibuk bekerja dan tiada masa untuk membuat sebarang pos.. Jadi, hari ini Faz ingin menulis entry tentang ' Berpuasa Di Bulan Ramadhan".. Pejam celik, pejam celik, kita sudah berada di bulan ramadhan.. sungguh cepat masa berlalu.. Jadi, siapa di sini yang tidak berpuasa? Hehehe, baguslah ramai yang berpuasa..



Di sini Faz akan terangkan serba sedikit tentang puasa.. Apa itu puasa? Ok, Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari tertib fajar sehinggala terbenan matahari.. Di bulan ramadhan ini, banyak dugaan kita akan hadapi walaupun syaitan telah diikat sebab yang mengambil alih tugas syaitan di bulan ramadhan adalah NAFSU.. Antara salah satu tugas nafsu adalah apabila kita membeli juadah di bazar ramadhan.. Mesti ramai dari kalangan kita membeli juadah dengan banyak,tetapi apabila berbuka,hanya sedikit sahaja dimakan.. Jadi, makanan lebihan itu nak buat apa? ada yang rajin makanan itu akan dibuat untuk bersahur.. Selain itu, nafsu akan membuat kita untuk membuat perkara perkara yang tidak baik sebagai contoh, melihat sesuatu yang tidak elok, bercakap perkara perkara yang tidak baik dan banyak lagi..



Jadi, di bulan ramadhan ini, kita perlu banyak mencari dan membuat perkara yang baik dan sentiasa ingat Allah S.W.T.. Kalau boleh, berpuasa tu biarlah penuh.. Jika anda perasan, berpuasa di bulan ramadhan dan berpuasa di bulan selain ramadhan adalah berbeza.. Bagi Faz, perbezaan antara bulan ramadhan dan bulan selain ramadhan adalah apabila kita menahan lapar dan dahaga.. Jadi, anda boleh cuba nanti dan lihat.. Sebenarnya, seronok kalau kita dapat berpuasa di bulan ramadhan kerana banyak pahala kita boleh kumpul..



Sampai di sini sajalah Faz membuat entry ini.. Banyak manfaat di bulan ramadhan ini, lagipun berpuasa termasuk dalam rukun islam.. Semoga kita dapat menumaikan ibadah puasa di bulan ramadhan.. Sekian..



Read more...

Sunday, 8 July 2012

Apakah Kegunaan Blog Kepada Kita?



Di zaman masa kini, ramai di kalangan remeja sudah pandai menggunakan internet. Bukan remaja saja, orang dewasa juga pandai menggunakannya. D sini, Faz nak bincangkan tentang 'apakah kegunaan blog kepada kita'. Apa itu blog? Blog adalah antara laman web yang kebiasaannya diperolehi oleh seseorangindividu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi atau grafik ataupun video..




Jadi, ada diantara kalangan kita sudah pandai berblogging, lebih tepat digelar 'blogger'.. Ada yang digunakan untuk peribadi, menjana pendapatan sampingan, berkenalan dan sebagainya.. Terpulang kepada kita apa yang hendak kita lakukan.. Lagipun, di masa kini ramai kalangan remaja dan dewasa sudah memiliki blog..
Lebih-lebih lagi menggunakan blog untuk mencari pendapatan sampingan.. Ada banyak cara untuk mencari pendapatan sampingan, salah satunya ada menggunakan google adsense, nuffnang, affiliate, jual ebbok dan sebagainya.. Jika tida mahu untuk mencari pendapatan sampingan, boleh menggunakan untuk diri sendiri seperti menulis tentang diri kita, meluahkan perasaan dan berkenaan diri.. Ada juga dikalangan kita membuat dan menjual kepada orang.. Ramai jugak yang membuat begitu kerana untuk membuat duit poket.. Dan ada juga orang menggunakan blog untuk memberi infomasi dan bertukar pendapat.. Banyak infomasi kita dapat dari blog.. Jika tidak percaya, bolehlah mencuri cari di enjin carian, Google, berkenaan ilmu yang kita inginkan..



Jika begitu, gunakanlah blog anda sebaik mungkin.. Jika ingin membuat duit poket pun boleh, itupun kalau kena dengan caranya..  Bagi Faz, memang seronok bila kita mempunyai blog.. banyak kegunaan kita boleh buat dengan blog.. Akhir kata, selamat berblog.. :)



Read more...

Monday, 2 July 2012

Spain 4 - 0 Italy " euro 2012 "



Mesti ramai yang mengantuk kan sebab tak cukup tidur malam tadi.. Kenapa tak cukup tidur? Ini semua disebabkan Euro malam tadi.. Ramai yang berjaga malam gara gara ingin menonton Euro.. Mana taknya, malam tadi adalah perlawanan terakhir untuk Euro 2012 antara Spain dengan Italy (final)..

Ramai yang berjaga malam tadi semata mata untuk menyokong pasukan kegemarannya.. Akhirnya, Spain memenangi gelaran Juara Euro 2012.. Kalau kita imbas kembali pada pasukan bola sepak dari Negara Sepanyol, negara itu pernah menjuarai Euro 2008, memenangi Piala Dunia dan sekarang, telah menjadi juara Euro 2012.. Sungguh tidak sangka, menang berturut turut.. Apa apa pun, permainan dan strategic dari Spain memang hebat dan mantap..

Antara pemain Spain yang telah menjaringkan gol yang pertama adalah David Silva..



Penjaring gol yang kedua dari Spain ialah Jordi Alba..


Penjaring gol yang ketiga ialah Fernando Torres..


Dan Penjaring yang terakhir adalah Juan Mata..




Jadi, Itulah permain permain dari Sepanyol yang berbakat dan berkebolehan.. Dan bukan itu saja, Fernando Torres telah menjadi pemenang Kasut Emas Euro 2012 dan Andres Iniesta mendapat gelaran Permain Terbaik perlawanan akhir.. Tapi, yang pasti Euro yang akan datang pasti akan menemui permain permain yang lebih handal dari pasukan pasukan yang akan menyertai Euro akan datang.. Jangan biarkan semangat minat sukan bolasepak hilang dari diri kita..




Read more...

Saturday, 30 June 2012

Jalan Jalan Di Pulau Pinang (island)




Assalamualaikum.. Apa khabar? Faz harap semuanya shat walfiat.. Di entry ini faz ingin bercerita tentang berjalan jalan di Pulau Pinang, juga boleh dipanggil Penang.. Apa yang menarik sangat di Penang? Siapa yang pernah pergi Penang,  mesti tahu apa yang menarik.. Apa yang pasti, setiap negeri mesti ada tempat yang menarik untuk berjalan jalan, bershopping, melihat permandangan yang menarik dan sebagainya..

Bagaimana nak masuk Penang? Ada dua cara iaitu melalui jambatan Pulau Pinang.. Kalau melalui jambatan Pulau Pinang, akan dikenakan tol sebanyak RM 7.00 jika menggunakan kereta dan RM1.40 untuk motosikal.. Tol itu hanya ada pada jalan memasuki pulau.. Jika keluar dari pulau adalah percuma.. Dan cara yang kedua adalah mengggunakan Feri.. Bayaran menggunakan Feri sebanyak RM 7.70..

Di Penang, ada banyak tempat tempat yang menarik boleh kita kunjungi.. Antaranya ialah Bukit Bendera.. Di sana, kia akan menaiki kereta kabel untuk naik ke puncak.. Apabila sudah sampai di puncak kita boleh melihat pemandangan yang cantik dan indah.. Suasana di sana adalah sesuai untuk tenangkan fikiran dan berehat.. Selain itu, kita boleh pergi ke Padang Kota Lama.. Di situ juga kita boleh menikmati pemandangan di tepi laut..  Ramai suka berehat di situ pada waktu malam.. Di Persiaran Gurney juga kita boleh melihat permandangan tepi laut.. Batu Ferringhi juga salah satu tempat yang menarik untuk kita kunjungi.. Setiap tahun pada bulan 12 ada Fiesta Pulau Pinang di Tapak Fiesta, berdekatan Stesen Bas Sungai Nibong..

Kalau berkenaan makanan, Ada banyak tempat boleh kita pergi.. Di penang, makanan yang paling terkenal adalah Nasi Kandar.. Tempat yang terkenal dengan nasi kandar ialah Line Clear, kapitan, Beratur, Kassim Mustafa, Makbul Dan banyak lagi.. Char Kuey Teow jugak terkenal di Penang.. ada banyak tempat kita boleh menikmati char kuey teow.. Di padang kota lama dan persiaran gurney kita boleh menikmati pasembur.. Apapun, memang kita tak susah untuk mencari kedai makan di Penang..

Sampai di sini faz dapat memberi sedikit sebanyak tentang Pulau Pinang.. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, datanglah ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri.. Jika kita tak tengok dengan mata kita sendiri, kita tak akan tahu.. Jadi, apa lagi, mai la Penang, kita makan nasi kandaq..






















Read more...

Thursday, 28 June 2012

Resipi Telur Bungkus


Ada berbagai bagai jenis masakan telur yang boleh kita masak dan lakukan seperti telur masak kicap, telur goreng, telur dadar dan macam macam.. Disini saya ingin kongsikan resipi ' Telur Bungkus'. So, mari kita buat.

Bahan Bahan :-

- 2 biji telur + 1 sudu makan air
- 100gm udang ( buang kulit )
- 100gm isi ayam ( dicincang )
- 2 ulas bawang putih ( dihiris nipis )
- 1 ulas bawang merah ( dihiris nipis )
- 50gm sayur campur ( peas, jagung, lobak )
- garam dan lada sulah
- 1 sudu makan sos tiram
- daun sup ( hiris halus )


Cara Cara :-

1) Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.

2) Kemudian, masukkan isi ayam. Gaul hingga air ayam itu keluar. Selepas itu masukkan udang dan gaul      rata. Sesudah rata, masukkan sayur campur, sos tiram, lada sulah dan garam.

3) Gaul gaulkan sekejap, dan masukkan daun sup. Agak agak dah masak, angkat dan letak di pinggan.

4) Campur air ke dalam telur, kemudian pukul sehingga kembang. Sesudah itu, panaskan kuali yang lain dan tuangkan sedikit minyak. Masukkan telur dan golek golekkannya seperti membuat telur dadar.

5) Selepas itu, biarkan sekejap sehingga bawah telur itu nampak hangus sedikit, dan tutupkan api. selepas itu, masukkan bahan yang ditumis tadi dan bolehlah melipat ataupun membungkus.

6) Pindahkan di atas pinggan. Boleh jugak menambah perasa seperti sos cili, salad dan apa apa yang boleh memberi kesedapan. Ada juga cara lain seperti boleh goreng telur dahulu dan kemudian letakkan diatas pinggan. dan masukkan intinya dan lipat. Siap untuk dimakan..










Read more...

Wednesday, 27 June 2012

Artis Malaysia Masa kini

Kita sebagai manusia ada haluan masing-masing.. Ada yang menjadi Doktor, Polis, Tentera, Chef dan berbagai lagi dalam bidang pekerjaan.. Pada masa kini, Ramai anak muda yang ingin bergelar "Artis".. 'Kenapa nak jadi artis, bagus sangat ke jadi artis ni?', ramai yang berfikiran begitu, tapi apa yang penting lain orang lain cara dan pendapat.. Kalau kita tanyakan soalan kepada kerjaya kerjaya yang lain seperti Doktor, Pegawai Keselamatan, mesti mereka akan beri pendapat yang berbeza.. Antaranya mereka seronok dengan kerjayanya, mencari rezeki yang halal, mencari pengalaman dan sebagainya..

Pada masa kini, ramai anak muda bergelar artis.. Apabila kita sudah menjejak kaki ke alam dunia artis, kita haruslah menjaga pesonaliti dan maruah diri serta mestilah menjaga diri.. Kenapa saya berkata begitu? sebab apabila mereka yang begelar artis melakukan perkara tidak baik, dari situ timbul isu yang kurang menyenangkan kepada mereka yang berkenaan.. Bagaimana terjadinya hal ini adalah kerana gosip.. Gosip ini datangnya dari khabar angin.. Adakah anda percaya dengan gosip? Ada antara semua kalangan yang mempercayai dan ada yang tidak.. So, kepada artis artis di luar sana, anda haruslah berhati hati apabila melakukan sesuatu.. Disitu anda haruslah berfikiran bijak dan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan kepada semua peminatnya.. Kalau boleh, kita cuba rasai bagaimana kalau kita berada di tempat seseorang, disitu kita akan dapat jawapan.. Dan kepada peminat peminat setia kepada artis yang berkenaan, anda haruslah meneliti dahulu sebelum dihebohkan.. adakah anda suka apabila perkara tidak betul dari mulut orang lain? mestilah tidak suka, saya pun tidak suka.. Jadi, penyelesaiannya kita haruslah sabar dan cuba menyelasaikan dengan baik dan profesional.. So, perkara penting yang harus ditekankan disini adalah jaga adab dan jaga diri semasa melakukan sesuatu..

Di Malaysia ini, kita haruslah bekerja untuk menyara hidup dan merasaikan keseronokan bekerja.. Dan ianya juga adalah ibadah.. Tidak kirala kita bekerja sebagai artis ataupun tidak, semua kerja ada tanggungjawab masing masing.. Terpulang kepada kita yang mana yang terbaik.. Keputusan di tangan anda..






Read more...

Perlawanan Terengganu vs Kelantan (2-2) Liga Super 2012



Perlawanan Terengganu menentang Kelantan pada 26 Jun 2012 di KUALA TERENGGANU adalah SERI, 2-2.. Memang boleh dikatakan perlawanan yang sengit dan mendapat perhatian ramai kepada peminat bola sepak.. Apabila salah seorang pemain menjaringkan gol, penonton semestinya akan menjerit 'GGOOOLLLLL'.. Suasana yang riuh rendah dan gamat, susah untuk diperkatakan bagaimana perasaan itu, hanya peminat bola sepak saja yang tahu bagaimana rasanya.. Mari kita tonton antara babak babak yang menarik..
                                            
                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Norfarhan )


                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Freekick Badhri Radzi )
                                          
                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Hadi Yahya )

                                          Video Terengganu 2-2 Kelantan  ( Gol Muslim Ahmad )




Itulah antara babak babak yang menarik.. Jadi, teruskan menyokong pasukan kegemaran anda..























Read more...

Sunday, 24 June 2012

Cara-Cara Menambah pendapatan

Bagaimana nak tambah duit? lebih tepat lagi mencari pendapatan sampingan.. Nak cari duit lebih ni bukan susah sangat, jual air depan sekolah dan di khalayak ramai, dah boleh dapat duit.. Tapi adakah kita sanggup berdiri di depan orang? Tepuk dada, tanye selera.. Begitu juga kita bekerja part time di shopping kompleks sebagai promoter, ataupun berkerja di kedai makan seperti KFC, MCD.. Memang bagus kita dapat mencari pendapatan dengan kerja part time.. Tapi adakah untuk selamanya? adakah berbaloi? Jadi kita perlu memikirkan dengan lebih mendalam..

Cara cara menambah pendapatan ini ada banyak cara.. Antaranya :-

1) Berniaga Kecil-Kecilan
- Berniaga kecil kecilan ini sama seperti kita menjual air di pasar malam, berniaga burger, jual nasi lemak di siang hari dan sebagainya.. banyak jenis kita boleh berniaga di tempat tempat yang strategik dan mampu mendapat duit.. Pertama sekali kita perlu memilih produk ape yang sesuai untuk kita menjual.. Apakah target market kita.. Jika sudah selesai menrancang produk kita, baru kita cari tempat yang sesuai untuk kita berniaga.. Biasanya tempat kita boleh berniaga di pasar malam, depan sekolah rendah ataupun menengah, supermarket, shopping kompleks dan sebagainya.. Jika ingin berniaga kecil kecilan, memerlukan modal.. Dari segi modal, kita cuba mencari perniagaan yang modal yang kecil, keuntungan yang tinggi.. jadi,terpulang kalau kita berminat niaga..

2) Menjadi Agen
- Agen, lebih tepat sebagai orang tengah dalam sesuatu pekerjaan sambilan.. Anda boleh memilih mana mana bentuk agen.. Contohnya, anda boleh menjadi Agen Affiliates.. Sesetengah laman web yang mencari affiliates ini ada yang berbayar.. Terpulang kepada kita yang mana kita nak.. Caranya anda boleh promosi di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.. Ataupun anda boleh promosi di forum.. Terpulang kepada anda di mana anda ingin promosikan..

3) Membuat Blog
- Bagaimana nak buat blog? Senang saja caranya.. Cuma ada 2 pilihan, samada kita daftar di blog yang percuma ataupun berbayar.. Semua itu terpulang kepada diri sendiri.. Ada banyak cara menjana pendapatan mengunakan blog.. Salah satunya Google Adsense.. Bukan Google Adsense saja boleh buat duit, banyak lagi boleh buat..Kita boleh search di Google.com untuk mencari aplikasi apa yang boleh membantu mencari pendapatan sampingan bersama blog.. Dengan blog kita boleh buat duit.. Dengan kencanggihan dunia masa kini, macam macam kita boleh buat, seperti menjual blog, menyewa iklan kepada yang ingin mempromosikan produk dan lain lain..


4) Membuat Ebook
- Ini adalah kaedah penjanaan pendapatan yang paling laris pada masa kini.. Sesetengah orang suka membeli buku di kedai buku.. Ebook ini lebih kurang sama dengan buku, cuma penggunaannya adalah kita membaca di dalam komputer.. Ada bermacam jenis ebook dijual di internet..Jadi, kita boleh menjana pendapatan dengan ebook.. Ramai yang tidak nampak yang menjual ebook ini boleh menguntungkan dan mendapat pendapatan yang lumayan.. Cuma kita perlu belajar teknik teknik untuk membuat ebook dan produk yang hangat di pasaran..

5) Menjadi Pengajar Sambilan
- Menjadi pengajar sambilan juga boleh menjana pendapatan pasif.. Banyak jenis kita boleh menjadi pengajar sambilan seperti menjadi guru tuisyen pada waktu malam ataupun siang hari, mengajar mengaji, mengajar bahasa inggeris dan macam macam lagi..Cuma kita perlu bijak untuk mencari pendapatan sampingan dengan menjadi pengajar sambilan..

Ini adalah serba sedikit tentang Cara-Cara Menambah Pendapatan kita.. Insya-allah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.. Ini adalah sumber dari pengalaman dan pengajaran saya dalam hidup kita.. Yang penting, kita janganla cepat berputus asa dan anggap menjana pendapatan sampingan ini hanyala goyang kaki.. Kita perlu berusaha untuk berjaya.. harap ini dapat membantu kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan sampingan..












Read more...

Saturday, 23 June 2012

Kelebihan Proton Preve "proton P3-21A"

Proton Preve.. Ini adalah Proton keluaran terbaru.. Pada asalnya nama Proton Preve hanyala 'Proton P3-21A".. Sebelum ini banyak pengeluaran proton terbaru seperti Proton Saga.. Sekarang ni Proton terbaru adalah Proton Exora Bold.. Proton Preve ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.. Dari segi bentuk luaran, memang bergaya.. ada yang berpendapat yang Proton Preve ini ala ala Forte.. Tak tahu adakah betul atau salah.. Yang pasti kereta ini ada kelebihan tersendiri..

Dari segi keupayaan, memang banyak.. Antaranya:-

SPESIFIKASI PROTON PREVE
  • Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
  • 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidrolik
  • Brek ABS dengan EBD
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown
  • Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km
  • Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)







Memang bagus Proton keluaran terbaru ini..Tapi,lain orang lain selera kan.. Ada yang suka jenama TOYOTA, PERODUA, HYUNDAI dan sebagainya.. Terpulang kepada diri sendiri yang mana terbaik..
Read more...