Thursday, 28 June 2012

Resipi Telur Bungkus


Ada berbagai bagai jenis masakan telur yang boleh kita masak dan lakukan seperti telur masak kicap, telur goreng, telur dadar dan macam macam.. Disini saya ingin kongsikan resipi ' Telur Bungkus'. So, mari kita buat.

Bahan Bahan :-

- 2 biji telur + 1 sudu makan air
- 100gm udang ( buang kulit )
- 100gm isi ayam ( dicincang )
- 2 ulas bawang putih ( dihiris nipis )
- 1 ulas bawang merah ( dihiris nipis )
- 50gm sayur campur ( peas, jagung, lobak )
- garam dan lada sulah
- 1 sudu makan sos tiram
- daun sup ( hiris halus )


Cara Cara :-

1) Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.

2) Kemudian, masukkan isi ayam. Gaul hingga air ayam itu keluar. Selepas itu masukkan udang dan gaul      rata. Sesudah rata, masukkan sayur campur, sos tiram, lada sulah dan garam.

3) Gaul gaulkan sekejap, dan masukkan daun sup. Agak agak dah masak, angkat dan letak di pinggan.

4) Campur air ke dalam telur, kemudian pukul sehingga kembang. Sesudah itu, panaskan kuali yang lain dan tuangkan sedikit minyak. Masukkan telur dan golek golekkannya seperti membuat telur dadar.

5) Selepas itu, biarkan sekejap sehingga bawah telur itu nampak hangus sedikit, dan tutupkan api. selepas itu, masukkan bahan yang ditumis tadi dan bolehlah melipat ataupun membungkus.

6) Pindahkan di atas pinggan. Boleh jugak menambah perasa seperti sos cili, salad dan apa apa yang boleh memberi kesedapan. Ada juga cara lain seperti boleh goreng telur dahulu dan kemudian letakkan diatas pinggan. dan masukkan intinya dan lipat. Siap untuk dimakan..









3 comments: